Khamis, 17 Mei 2012

Part 1: Buat Blog SIMPLE, MUDAH & MENARIK

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia


Kali ni, gue nak share kat korang cara buat blog secara ringkas, mudah dan menarik. Tak perlu fenin-fenin, hantok kepala kat meja..hehehe just ikut jer tutorial ni, menjadi punyalah.

Oh ya sebelum kita teruskan, korang dah ada akaun google belum? so kalau belum korang daftar la dulu ya, di www.gmail.com
Selepas korang dah daftar akaun google, korang masuk ke www.blogger.com


Page 1


Selepas korang masuk ke website blogger, korang click get started


Page 2




1. CREATE A GOOGLE ACCOUNT

Email Adress: 
:: masukkan alamat email anda 
:: alamat email gmail yang telah dibuat

Retype Email Adress:
:: masukkan semula alamat email korang tadi

Enter a Password:
:: isikan kata laluan ikut suka korang, at least mesti 8 huruf/ nombor
:: contoh: 12345678 atau abcdefgh

Retype Password:
:: isikan kata laluan korang sekali lagi

Display name:
:: masukkan nama anda, nama samaran pun boleh

Email Notifications:
:: click kat kotak kecil tu

Birthday:
:: masukkan tarikh lahir korang (mm/dd/yy)

Word Verification:
:: isikan semula huruf yang tertera dalam kolum

Acceptance of Terms:
:: korang baca dulu terma dan syarat, so kalau malas nak baca click je kat box kecil

Lastly korang klik Continue


2. NAME YOUR BLOG


Page 3



Blog Title:
:: masukkan nama blog anda
:: contoh: suka hati hang

Blog Adress URL:
:: masukkan alamat blog korang, ikut kemahuan korang
:: contoh: sukahatihang@blogspot.com

Kemudian klik Continue


3. CHOOSE TEMPLATE/ PILIH TEMPLATE


Page 4


:: pilih salah satu template yang korang suka. Ala, kalau korang tak minat pon klik je mana-mana template dulu. Nanti boleh ubah semula. Lepas tu, korang klik continue


Page 5


Nahh, blog korang dah siap. Mudahkan. Entri yang seterusnya aku akan tunjukkan cara-cara tukarkan template kepada yang lagi menarik. Nantikan entri seterusnya. Selamat mencuba



Ahad, 6 Mei 2012

Zivilia Band Muncul Dengan Single Aishiteru 2

Assalamualaikum.

Jika sebut sahaja Zivilia band, hurmm sudah pasti ramai yang mengetahuinya. Menerusi drama Cinta Melodi, single Aishiteru mula digemari dan mencatat lebih 6 juta viewers di Youtube. Fullamak, not bad der. Untuk pengetahuan korang semua, Zivilia band telah pun muncul dengan single Aishiteru 2. Dari penilaian aku, Aishiteru pertama dan kedua mempunyai tarikan yang tersendiri. Aishiteru pertama menceritakan kisah di mana si lelaki berharap agar cintanya diterima. Manakala Aishiteru 2 pula lebih mengisahkan kekecewaan kerana cinta yang diharapkan tidak terbalas. walawehh. Antara Aishiteru pertama dan kedua, agak-agak korang mana yang lagi besh?? Jom sama-sama kita layanzz.

Aishiteru 2


Satu lagi lagu yang bagi aku besh sangat-sangat dari Zivilia Band...

Pintu Taubat



Khamis, 3 Mei 2012

Kenangan Terindah

Assalamualaikum.

Setiap manusia punyai kenangan tersendiri. Berbagai-bagai kenangan ada manis, pahit, kelat, masam, masin...errk terlebih sudah, aptb la. Tapi antara semua kenangan yang dilalui, kenangan disaat bercinta paling ramai yang tak boleh lupa punyala. Hahaha. Betul tak, apatah lagi cinta pertama. Ramai kot yang meroyan mase muda remaje. Sanggup bergaduh sebab nak kan seseorang. Balik-balik ade jugak yang patah hati. Huhuhu.

Bagi aku pulak, kenangan yang tak dapat dilupakan ialah semase belajar di ipt satu ketika dahulu. Yela mane kan tidak, name aku harum bak bunga tahi ayam. Menyengat setiasa.  Boleh dikira aku ni suka mengambil kesempatan terhadap orang lain. Aku paling suka jual-beli, macam-macam aku jual antaranye roti, kuih-muih, nasi lemak. Dan yang aku tak boleh lupakan disaat aku jadi pengedar rokok. Best sangat. Untung besar wehh.

Sebenarnye, fellow kiteorang tak bagi student-studentnye berniaga. Bukan ape, fellow risau kalau-kalau kiteorang hilang kosentrasi dalam pelajaran. Lain la aku, hidup tak berape senang. Duit poket sentiase  tak cukup. Siang belajar, malam buat part time. Semua hal-hal jual beli ni aku serah jer kat member-member aku satu dorm. 

Nak diceritakan, pada satu hari ni, aku tengah keje. Member aku telepon sambil tercungap-cungap:

Watiq   :  Hallo Wan, kite dalam masalah besar ni!
Aku      : Yelah, ape hal der?
Watiq : Ustaz tadi lalu kat dorm, sekali pintu loker ko terbuka sendiri la. 
              Habis kantoi. Rokok semua Ustaz dah sapu.
Aku    : Alamak, kantoi suda. Mampos aku balik ni.

Lepas jer member aku citer, malam tuhh aku langsung tak balik asrama. Takut ustaz selaku fellow kiteorang ni marah. Nak dijadikan citer, aku tumpang lar tidur di rumah tokeh aku. 

Esok pagi, aku balik asrama. Sampai jer kat pintu asrama, sorang guard ni tegur aku:

Guard   :  Kemane ko tak balik semalam?
Aku    :  Ohh..semalam saye letih sangat lar, boleh tertidur kat rumah 
             tokeh.(Padahal, takut kene marah)
Guard : Semalam ustaz tunggu sampai pukul 12.00 tengah malam. Kau 
              tak balik-balik jugak. Ustaz kirim salam kat ko, ustaz suruh ko 
             ke pejabat die hari ni.
Aku    :  ohh..okey bang terime kasih.

Masuk jer dorm, aku tengok member-member aku tengah bersiap nak ke kelas. Sebelum tuhh dieorang sempat la bercerite ape yang berlaku semalam. Mase ustaz masuk, semua member aku tengah studi sambil baring-baring (entah ler studi ker studor dieorang ni). Yang sorang member aku ni kusyuk buat assignment. Waktu mula-mula kantoi, member-member aku semua bertempiaran lari ikut tingkap. Macam kambing keluar kandang, dengan selipar entah ke mane. Tak sempat nak carik. Kecuali adala member aku sorang ni, Hafiz tak sempat nak lari lalu die buat-buat jela tidur. Habis, menjawab dia malam tuhh. Tapi nasib la ustaz tak ambil tindakan kat dia. Selamat.

Aku langsung tak jumpa ustaz tuhh, yelah tak berani beb. Punya la besar tangan ustaz tuhh. Sekali die lempang aku mau jugak koma dibuatnye. Setiap hari ade jer utusan ustaz  ni hantar. Suruh aku ke pejabat. Ayat yang same. Langsung aku tak layan der. Takut punye fasal. Nak dipendekkan citer, adela satu hari ni ustaz tuhh telepon aku, die cakap 'Salam wan, kenape awak tak datang ke office saye? Tak nak duet ker?' hahaha. Kelakar jugak ustaz ni. Aku tak boleh dengar bab duet ni, maklum la tengah sengkek ni lagi la kan.

Akhirnye aku pergi la ke office ustaz. Ustaz tak marah der, boleh gelak-gelak lagi. Apela ustaz ni. Ustaz pesan lain kali jangan buat lagi, kalau saya dapat tangkap awak boleh digantung pengajian tau. Ustaz ni jugak selaku ketua disiplin di kolej kiteorang. Memang tanggungjawab die la kan. Lalu duit hasil jualan aku dipulangkan. Sekali kira, mak ai banyak jugak hampir RM 100 semuanye. Fuhh memang lega la aku rase mase tuhh.

Jadi, selepas kantoi aku relax sekejap. Malas la nak timbulkan masalah. Kesian kat member aku semua. Nanti tak fasal-fasal dieorang disabit sekali. Tapi Alhamdulillah, semua member-member aku dah sambung pengajian dieorang. Ade yang sambung ke UIA Gombak, Sumatera Indonesia dan yang paling jauh pun adelah dua orang ke Bumi Anbia. Tak sangka beb. Berjaye jugak dieorang akhirnye. Dah lame tak jumpe dieorang. Kalau diceritakan semula, pasti dieorang gelak besar punyala.

Thanks korang sebab sudi jadi kawan aku di saat susah dan senang. Aku bersyukur sangat-sangat dapat berkenalan dengan korang. Semoga korang panjang umur, murah reski. Jika ada kesempatan kita berjumpa lagi. =)