Sabtu, 2 Jun 2012

Ketahui 5 Pulau Paling Menakutkan di Malaysia

Assalamualaikum



Hi korang, dah lama gua tak hapdet blog ni. Kali ni gua nak kongsikan kat korang semua antara "Lima Pulau Paling Menakutkan di Malaysia"  





~ Pulau Sipadan ~

Sebut jer nama pulau ni, pasti korang tau. Pulau Sipadan terletak berhampiran Bandar Sempoerna, Sabah. Tengok sajalah airnya yang biru menjadikan ia satu destinasi pilihan percutian dan tak lupa jugak bagi kaki-kaki skuba.





~ Pulau Tioman ~

Pulau Tioman terletak di sempadan Johor dan Pahang. Actually dulu aku pernah la praktikal di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Tioman (branch Kuantan) tapi hampehh sebab sekali pun tak pernah jejakkan kaki kat sini. Wuhuhu sedey betol la, praktikal just dua bulan jer.






~ Pulau Langkawi ~

Pulau Langkawi, cukup famous di Malaysia mahupun di luar negara. Diingatkan kembali, Kareena Kapoor dan Hritik Roshan pernah bikin filem hindustan kat pulau ni. Tapi gua dah tak ingat la tahun berapa.





~ Pulau Redang ~

Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik dan terbesar di pantai timur. Pulau yang terletak di negeri Terengganu mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia Kedua. Kalau korang nak tahu sejarahnya search jer kat google, gua malas la nak cerita panjang hihihi





~ Pulau Perhentian ~

Pulau Perhentian juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong luar dan dalam negeri. Pulau ini sering dijadikan tumpuan penyu hijau dan hawksbill untuk bertelur.

Lima pulau ini memang menarik dan semestinya dijadikan sebagai satu destinasi percutian bersama keluarga. Yang menakutkan bila aksi-aksi berpelukan, berpegangan tangan serta aksi sumbang yang lain adalah dikira perkara biasa tambahan pulak berada kat pulau-pulau seperti ni. Langsung tak takut dengan 'Sang Pencipta'. Itu yang menakutkan gua sebenarnya, korang pulak macam mana? Tepuk dada, tanya diri

Sorry jika entri merapu, sekadar menulis



1 Ulasan:

Di 2 Jun 2012 pada 11:26 PTG, Blogger mohd rafizan bin nordin berkata...

X takut pun.. Ntah pape

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama