Sabtu, 9 Jun 2012

Euro 2012 : Kejuaraan Pasti Milik Belanda

Assalamualaikum


Hey hey hey! Salam satu Euro semua. Dua tahun sudah berlalu, kini tiba lah saat-saat yang dinanti. Euro 2012 ''welcome back"  menghangatkan suasana pagi anda.

Semalam perlawanan pembukaan diantara Kumpulan A pasukan Poland & Greece mencatat seri satu sama, manakala pasukan Russia vs Rep. Czech mencatat 4-1. Tapi sayang la, semasa Russia dan Rep Czech beraksi di padang, boleh pulak gua tertidur. Gara-gara si referee buat hal semasa permainan pembukaan, terus tak der mood nak tengok hishh...


KEJUARAAN PASTI MILIK BELANDA!!


Untuk pengetahuan korang, pasukan pilihan aku adalah pasukan Belanda. Dan tengah malam ini akan menyaksikan perlawanan diantara pasukan Belanda dan Denmark. Sudah pasti Denmark akan bungkuss punyalah huhuhu. 

Kenapa Belanda, Sebab-sebabnya adalah::
= Ranking Belanda pada kedudukan kedua dunia, selepas Sepanyol
= Mempunyai pemain-pemain yang bertaraf dunia seperti Rafael van der Vaart, Dirk Kyut, Arjen Robben, Robin ven Persie dan Wesley Sneijder. Hehehe

Gua dah tak sabar ni. Lagi 15 minit lagi permainan akan bermula, so korang cari lah port untuk menonton malam ni yer. Okey lar, gua nak gerak dulu. Nak tengok di rumah member gua maklumlah kan member gua baru jer beli tv baru LED pulak tuhh, so kita enjoy. Sekian



0 Ulasan:

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama