Kenangan Terindah
Assalamualaikum.
Setiap manusia punyai kenangan tersendiri. Berbagai-bagai kenangan ada manis, pahit, kelat, masam, masin...errk terlebih sudah, aptb la. Tapi antara semua kenangan yang dilalui, kenangan disaat bercinta paling ramai yang tak boleh lupa punyala. Hahaha. Betul tak, apatah lagi cinta pertama. Ramai kot yang meroyan mase muda remaje. Sanggup bergaduh sebab nak kan seseorang. Balik-balik ade jugak yang patah hati. Huhuhu.
Bagi aku pulak, kenangan yang tak dapat dilupakan ialah semase belajar di ipt satu ketika dahulu. Yela mane kan tidak, name aku harum bak bunga tahi ayam. Menyengat setiasa. Boleh dikira aku ni suka mengambil kesempatan terhadap orang lain. Aku paling suka jual-beli, macam-macam aku jual antaranye roti, kuih-muih, nasi lemak. Dan yang aku tak boleh lupakan disaat aku jadi pengedar rokok. Best sangat. Untung besar wehh.
Sebenarnye, fellow kiteorang tak bagi student-studentnye berniaga. Bukan ape, fellow risau kalau-kalau kiteorang hilang kosentrasi dalam pelajaran. Lain la aku, hidup tak berape senang. Duit poket sentiase tak cukup. Siang belajar, malam buat part time. Semua hal-hal jual beli ni aku serah jer kat member-member aku satu dorm.
Nak diceritakan, pada satu hari ni, aku tengah keje. Member aku telepon sambil tercungap-cungap:
Watiq : Hallo Wan, kite dalam masalah besar ni!
Aku : Yelah, ape hal der?
Watiq : Ustaz tadi lalu kat dorm, sekali pintu loker ko terbuka sendiri la.
Habis kantoi. Rokok semua Ustaz dah sapu.
Habis kantoi. Rokok semua Ustaz dah sapu.
Aku : Alamak, kantoi suda. Mampos aku balik ni.
Lepas jer member aku citer, malam tuhh aku langsung tak balik asrama. Takut ustaz selaku fellow kiteorang ni marah. Nak dijadikan citer, aku tumpang lar tidur di rumah tokeh aku.
Esok pagi, aku balik asrama. Sampai jer kat pintu asrama, sorang guard ni tegur aku:
Guard : Kemane ko tak balik semalam?
Aku : Ohh..semalam saye letih sangat lar, boleh tertidur kat rumah
tokeh.(Padahal, takut kene marah)
tokeh.(Padahal, takut kene marah)
Guard : Semalam ustaz tunggu sampai pukul 12.00 tengah malam. Kau
tak balik-balik jugak. Ustaz kirim salam kat ko, ustaz suruh ko
ke pejabat die hari ni.
tak balik-balik jugak. Ustaz kirim salam kat ko, ustaz suruh ko
ke pejabat die hari ni.
Aku : ohh..okey bang terime kasih.
Masuk jer dorm, aku tengok member-member aku tengah bersiap nak ke kelas. Sebelum tuhh dieorang sempat la bercerite ape yang berlaku semalam. Mase ustaz masuk, semua member aku tengah studi sambil baring-baring (entah ler studi ker studor dieorang ni). Yang sorang member aku ni kusyuk buat assignment. Waktu mula-mula kantoi, member-member aku semua bertempiaran lari ikut tingkap. Macam kambing keluar kandang, dengan selipar entah ke mane. Tak sempat nak carik. Kecuali adala member aku sorang ni, Hafiz tak sempat nak lari lalu die buat-buat jela tidur. Habis, menjawab dia malam tuhh. Tapi nasib la ustaz tak ambil tindakan kat dia. Selamat.
Aku langsung tak jumpa ustaz tuhh, yelah tak berani beb. Punya la besar tangan ustaz tuhh. Sekali die lempang aku mau jugak koma dibuatnye. Setiap hari ade jer utusan ustaz ni hantar. Suruh aku ke pejabat. Ayat yang same. Langsung aku tak layan der. Takut punye fasal. Nak dipendekkan citer, adela satu hari ni ustaz tuhh telepon aku, die cakap 'Salam wan, kenape awak tak datang ke office saye? Tak nak duet ker?' hahaha. Kelakar jugak ustaz ni. Aku tak boleh dengar bab duet ni, maklum la tengah sengkek ni lagi la kan.
Akhirnye aku pergi la ke office ustaz. Ustaz tak marah der, boleh gelak-gelak lagi. Apela ustaz ni. Ustaz pesan lain kali jangan buat lagi, kalau saya dapat tangkap awak boleh digantung pengajian tau. Ustaz ni jugak selaku ketua disiplin di kolej kiteorang. Memang tanggungjawab die la kan. Lalu duit hasil jualan aku dipulangkan. Sekali kira, mak ai banyak jugak hampir RM 100 semuanye. Fuhh memang lega la aku rase mase tuhh.
Jadi, selepas kantoi aku relax sekejap. Malas la nak timbulkan masalah. Kesian kat member aku semua. Nanti tak fasal-fasal dieorang disabit sekali. Tapi Alhamdulillah, semua member-member aku dah sambung pengajian dieorang. Ade yang sambung ke UIA Gombak, Sumatera Indonesia dan yang paling jauh pun adelah dua orang ke Bumi Anbia. Tak sangka beb. Berjaye jugak dieorang akhirnye. Dah lame tak jumpe dieorang. Kalau diceritakan semula, pasti dieorang gelak besar punyala.
0 Ulasan:
Catat Ulasan
Langgan Catat Ulasan [Atom]
<< Laman utama