Khamis, 21 Jun 2012

Kucupan Terakhir Buat Abang

Assalamualaikum

Hi korang, dah lama gua tak hapdet Blog Pemuda Jalanan ni. Apa pun gua ucapkan terima kasih pada yang sudi jadi followers BPJ. Tak tahu macam mana gua nak balas budi korang semua. Semoga Allah lanjutkan usia korang. Aamiin. Trimas Trimas =)

Selasa, 19 Jun, 07:00 pagi
Hari yang tak dapat aku lupakan. Seawal pagi, aku dikejutkan dengan berita kurang enak iaitu abang aku disahkan koma. Saluran darah ke otaknya pecah. Tergamam aku seketika, disaat itu timbul perkataan di benak "TAK MUNGKIN". Tapi aku percaya itulah "kuasa Allah". 

Aku bergegas ke hospital, tapi sesampainya di sana, darah muda aku mula memuncak. Aku dihalang masuk dengan alasan sudah ramai yang melawat abang. Dan berkali-kali aku katakan pada sekuriti yang abang sedang kritikal, tapi dieorang tetap tak mengizinkan. Terpaksa la aku menunggu waktu melawat tiba pada jam 13:00

Tepat jam 13:00, pintu dibuka. Punyalah ramai orang berpusu-pusu masuk. Boleh dikatakan situasi seperti kambing keluar kandang pun ada, huishh ramainya. Aku dimaklumkan abang dirawat di tingkat 8B. Sesampainya di sana, wajah kesayuan terlihat diwajah kakak ipar serta anak-anaknya. Saling berdoa memohon Allah panjangkan umur ayah mereka.

Aku menjengah keadaan abang aku, masyallah hanya Allah sahaja yang tahu persaan aku ini. Memandangkan mesin pernafasan tak mencukupi, alatan pernafasan secara manual digunakan. Terkadang timbul perasaan kasihan melihat akak-akak jururawat bertungkus-lumus mengepam alat penafasan buat abang. Dari keadaan berdiri sehinggalah duduk, jururawat mula keletihan. Silih berganti. Anyway, terima kasih aku ucapkan semoga akak-akak jururawat yang bantu abang lulus dalam praktikal korang. Aamiin.

Pada pukul 18:00, aku dikejutkan dengan perkabaran abang sudah tiada. Aku mulai sebak, tak tertahan air mata. Jenazah abang di usung ke bilik mayat untuk pengesahan.Tepat jam 20:00, van jenazah tiba. Jenazah abang di bawa masuk dan aku di suruh oleh mak aku untuk sama-sama menghantar jenazah ke kampung kakak ipar ( kak Murni ) di Felda Jerangau, Terengganu. Aku ditemani oleh kakak serta anak saudara aku ke sana. Alhamdulillah, urusan penghantaran lancar dan kami sampai di sana pada jam 22:00 malam. Kehadiran kami disambut baik oleh "abah" dan jenazah abang di bawa masuk ke rumah. 

Jiran-jiran silih-berganti menziarahi, membaca surah Yasin. Pada malam tuh, mata aku tak nak lelap. Aku duduk di ruang tamu, sambil memandang jenazah abang dari jauh. Terkenang kembali disaat arwah ayah pergi dulu. Semasa mengusung jenazah ayah, abang pernah menepuk-nepuk bahu aku dan berkata "juan pergi pakai selipar" sebab masa tuh aku berkaki ayam. Walaupun agak kelakar bunyinya, tapi bagi aku itulah ayat yang pernah abang sebutkan pada aku sewaktu hari terakhir ayah. Aku nekad, untuk jenazah abang kali ini, aku akan bersama-sama mengusungnya ke kuburan.

Rabu, 20 Jun, 11:30 pagi
Jenazah abang dimandikan. Setelah dimandikan, jenazah abang mula dikafankan dan dibawa ke ruang tamu. Tiba-tiba keadaan berubah. Anak-anak saudara yang asyik gelak ketawa berubah menangis sayu. Suasana menjadi syahdu. Boleh dikatakan semuanya menangis, termasuklah aku sehinggakan disaat aku menulis entri ini perasaan pilu tetap ada. Semua adik beradik, anak saudara dan kakak bergilir-gilir memberikan kucupan terakhir. Walaupun hanya jasad, aku beristifar dan berdoa " Ya Allah, kuatkan aku". Saat perpisahan yang tak akan aku lupakan.

Jenazah abang disemadikan selepas solat Zuhur. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sebelum pulang, aku sempat memeluk abah sambil mengucapkan "terima kasih abah, kalau la abah tak ada saya tak tahu la macam mana, mintak maaf abah kalau saya ada buat salah" Lalu abah pun tersenyum dan menjawab " tak ada apa-apa lah, lain kali ada kelapangan datang la ke rumah abah". Aku pun menjawab " Insyallah". Aku begitu kagum dengan abah, semua anak-anaknya berjaya. Seorang dari anak abah masih  menuntut di universiti manakala dua lagi anak abah adalah guru sebuah sekolah menegah di Ajil dan di Johor. Mereka menerapkan nilai agama kepada anak-anaknya dari kecil. Sehinggakan kepada cucu mereka. Aku merasa begitu tenang semasa di rumah abah. Semoga roh abang dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam glongan orang-orang yang soleh. Aamiin.

1 Ulasan:

Di 21 Jun 2012 pada 7:45 PG, Anonymous Tanpa Nama berkata...

sabarlah ,yang hidup tidak kekal selamanya .
alfatihah .

 

Catat Ulasan

Langgan Catat Ulasan [Atom]

<< Laman utama