Rabu, 21 November 2012

Jangan Dilupa Pada Yang Berduka

Assalamualaikum. Salam 'Selamatkan Gaza'.
Gua baru jer online, tetibe terjumpa satu iklan ni. 



Misi kemanusiaan ke GAZA. Memang tepat pada masanye. Di saat kita bergembira, jangan dilupa pada yang berduka. Ayuh, mari kita bersama-sama BOIKOT produk dari negara KEJI ni. Sekadar kecaman tidak memadai. Mereka langsung tak ketaq. Sekurang-kurangnya kita boleh melumpuhkan ekonomi mereka dengan MEMBOIKOT.. 

Sabtu, 18 Ogos 2012

Salam Aidilfitri!

Assalamualaikum wbt

Salam 1 Syawal semua
Ramadhan sudah meninggalkan kita
Kini hari Kemenangan pula menjelma

Selamat hari raya Aidilfitri


Mohon maaf zahir dan batin

dah lama tak hapdet belog rasa bersalah pun ader!
Tak lupa juga pada yang tak berpeluang balik raya
Jangan sedih jangan berduka
Walau di mana anda berada, Allah sentiasa ada di sisi hambaNya




Selasa, 26 Jun 2012

First Customer Dari UK!

Assalamualaikum (^_^)



Hi korang, apa khabar? Hopefully korang semua sihat la yer. Mana yang kurang sihat tuhh, jangan lupa telan obatt okeyhh!! 

Hooreey...
Perasaan gembira tak terkata. Exited sangat-sangat. 
Manakan tidak, bagun pagi bukak-bukak jer email sudah ada yang bertanya...

" hi, do you still have this BIG HOODIE BLAZER COAT for sale and also if it in good condition? Do get back to me ASAP "

Nah, rezeki masuk. Pada mulanya memikir jugak, nak tak nak jual kat dia ni. Sebabnya si polan ni tinggal kat oversea, jauh wehh. Tapi lama-lama duk fikir " takkan nak tolak kot, itukan reseki ". Air Mail kan ader. Untuk pengetahuan korang, ini adalah orang yang kedua dari UK bertanya pasal blazer+ coat ni. Yang pertama aku terpaksa reject sebab banyak ularnya. Naik jenuh aku melayan, tapi yang besahnya dieorang ni sanggup bayar berapa jumlah sekali pun. Siap suruh aku calculate harga blazer + shipping cost. Aku apa lagi, jual ikut harga aku lar kan. hahaha.


Ni lah blazer + coat yang aku jual. Harga yang gua letak tak banyak pun, adalah dalam £115 jer. Pertukaran semasa ( £ 1= RM 4.47 ) jadi korang kiralah berapa. HUHUHU. Actually, aku letak harga bukan sebab tamak der, it is because the shipping cost. Terlalu mahal, termasuk dengan 10% kos bahan api.

Psst: Actually aku tak keluar se sen pun jual baju ni, hihihihik. Nak tahu macam mana, tunggu entri seterusnya okey...wasalam =)

Khamis, 21 Jun 2012

Kucupan Terakhir Buat Abang

Assalamualaikum

Hi korang, dah lama gua tak hapdet Blog Pemuda Jalanan ni. Apa pun gua ucapkan terima kasih pada yang sudi jadi followers BPJ. Tak tahu macam mana gua nak balas budi korang semua. Semoga Allah lanjutkan usia korang. Aamiin. Trimas Trimas =)

Selasa, 19 Jun, 07:00 pagi
Hari yang tak dapat aku lupakan. Seawal pagi, aku dikejutkan dengan berita kurang enak iaitu abang aku disahkan koma. Saluran darah ke otaknya pecah. Tergamam aku seketika, disaat itu timbul perkataan di benak "TAK MUNGKIN". Tapi aku percaya itulah "kuasa Allah". 

Aku bergegas ke hospital, tapi sesampainya di sana, darah muda aku mula memuncak. Aku dihalang masuk dengan alasan sudah ramai yang melawat abang. Dan berkali-kali aku katakan pada sekuriti yang abang sedang kritikal, tapi dieorang tetap tak mengizinkan. Terpaksa la aku menunggu waktu melawat tiba pada jam 13:00

Tepat jam 13:00, pintu dibuka. Punyalah ramai orang berpusu-pusu masuk. Boleh dikatakan situasi seperti kambing keluar kandang pun ada, huishh ramainya. Aku dimaklumkan abang dirawat di tingkat 8B. Sesampainya di sana, wajah kesayuan terlihat diwajah kakak ipar serta anak-anaknya. Saling berdoa memohon Allah panjangkan umur ayah mereka.

Aku menjengah keadaan abang aku, masyallah hanya Allah sahaja yang tahu persaan aku ini. Memandangkan mesin pernafasan tak mencukupi, alatan pernafasan secara manual digunakan. Terkadang timbul perasaan kasihan melihat akak-akak jururawat bertungkus-lumus mengepam alat penafasan buat abang. Dari keadaan berdiri sehinggalah duduk, jururawat mula keletihan. Silih berganti. Anyway, terima kasih aku ucapkan semoga akak-akak jururawat yang bantu abang lulus dalam praktikal korang. Aamiin.

Pada pukul 18:00, aku dikejutkan dengan perkabaran abang sudah tiada. Aku mulai sebak, tak tertahan air mata. Jenazah abang di usung ke bilik mayat untuk pengesahan.Tepat jam 20:00, van jenazah tiba. Jenazah abang di bawa masuk dan aku di suruh oleh mak aku untuk sama-sama menghantar jenazah ke kampung kakak ipar ( kak Murni ) di Felda Jerangau, Terengganu. Aku ditemani oleh kakak serta anak saudara aku ke sana. Alhamdulillah, urusan penghantaran lancar dan kami sampai di sana pada jam 22:00 malam. Kehadiran kami disambut baik oleh "abah" dan jenazah abang di bawa masuk ke rumah. 

Jiran-jiran silih-berganti menziarahi, membaca surah Yasin. Pada malam tuh, mata aku tak nak lelap. Aku duduk di ruang tamu, sambil memandang jenazah abang dari jauh. Terkenang kembali disaat arwah ayah pergi dulu. Semasa mengusung jenazah ayah, abang pernah menepuk-nepuk bahu aku dan berkata "juan pergi pakai selipar" sebab masa tuh aku berkaki ayam. Walaupun agak kelakar bunyinya, tapi bagi aku itulah ayat yang pernah abang sebutkan pada aku sewaktu hari terakhir ayah. Aku nekad, untuk jenazah abang kali ini, aku akan bersama-sama mengusungnya ke kuburan.

Rabu, 20 Jun, 11:30 pagi
Jenazah abang dimandikan. Setelah dimandikan, jenazah abang mula dikafankan dan dibawa ke ruang tamu. Tiba-tiba keadaan berubah. Anak-anak saudara yang asyik gelak ketawa berubah menangis sayu. Suasana menjadi syahdu. Boleh dikatakan semuanya menangis, termasuklah aku sehinggakan disaat aku menulis entri ini perasaan pilu tetap ada. Semua adik beradik, anak saudara dan kakak bergilir-gilir memberikan kucupan terakhir. Walaupun hanya jasad, aku beristifar dan berdoa " Ya Allah, kuatkan aku". Saat perpisahan yang tak akan aku lupakan.

Jenazah abang disemadikan selepas solat Zuhur. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar. Sebelum pulang, aku sempat memeluk abah sambil mengucapkan "terima kasih abah, kalau la abah tak ada saya tak tahu la macam mana, mintak maaf abah kalau saya ada buat salah" Lalu abah pun tersenyum dan menjawab " tak ada apa-apa lah, lain kali ada kelapangan datang la ke rumah abah". Aku pun menjawab " Insyallah". Aku begitu kagum dengan abah, semua anak-anaknya berjaya. Seorang dari anak abah masih  menuntut di universiti manakala dua lagi anak abah adalah guru sebuah sekolah menegah di Ajil dan di Johor. Mereka menerapkan nilai agama kepada anak-anaknya dari kecil. Sehinggakan kepada cucu mereka. Aku merasa begitu tenang semasa di rumah abah. Semoga roh abang dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam glongan orang-orang yang soleh. Aamiin.

Sabtu, 9 Jun 2012

Euro 2012 : Kejuaraan Pasti Milik Belanda

Assalamualaikum


Hey hey hey! Salam satu Euro semua. Dua tahun sudah berlalu, kini tiba lah saat-saat yang dinanti. Euro 2012 ''welcome back"  menghangatkan suasana pagi anda.

Semalam perlawanan pembukaan diantara Kumpulan A pasukan Poland & Greece mencatat seri satu sama, manakala pasukan Russia vs Rep. Czech mencatat 4-1. Tapi sayang la, semasa Russia dan Rep Czech beraksi di padang, boleh pulak gua tertidur. Gara-gara si referee buat hal semasa permainan pembukaan, terus tak der mood nak tengok hishh...


KEJUARAAN PASTI MILIK BELANDA!!


Untuk pengetahuan korang, pasukan pilihan aku adalah pasukan Belanda. Dan tengah malam ini akan menyaksikan perlawanan diantara pasukan Belanda dan Denmark. Sudah pasti Denmark akan bungkuss punyalah huhuhu. 

Kenapa Belanda, Sebab-sebabnya adalah::
= Ranking Belanda pada kedudukan kedua dunia, selepas Sepanyol
= Mempunyai pemain-pemain yang bertaraf dunia seperti Rafael van der Vaart, Dirk Kyut, Arjen Robben, Robin ven Persie dan Wesley Sneijder. Hehehe

Gua dah tak sabar ni. Lagi 15 minit lagi permainan akan bermula, so korang cari lah port untuk menonton malam ni yer. Okey lar, gua nak gerak dulu. Nak tengok di rumah member gua maklumlah kan member gua baru jer beli tv baru LED pulak tuhh, so kita enjoy. Sekian



Sabtu, 2 Jun 2012

Ketahui 5 Pulau Paling Menakutkan di Malaysia

Assalamualaikum



Hi korang, dah lama gua tak hapdet blog ni. Kali ni gua nak kongsikan kat korang semua antara "Lima Pulau Paling Menakutkan di Malaysia"  





~ Pulau Sipadan ~

Sebut jer nama pulau ni, pasti korang tau. Pulau Sipadan terletak berhampiran Bandar Sempoerna, Sabah. Tengok sajalah airnya yang biru menjadikan ia satu destinasi pilihan percutian dan tak lupa jugak bagi kaki-kaki skuba.





~ Pulau Tioman ~

Pulau Tioman terletak di sempadan Johor dan Pahang. Actually dulu aku pernah la praktikal di ibu pejabat Lembaga Pembangunan Tioman (branch Kuantan) tapi hampehh sebab sekali pun tak pernah jejakkan kaki kat sini. Wuhuhu sedey betol la, praktikal just dua bulan jer.






~ Pulau Langkawi ~

Pulau Langkawi, cukup famous di Malaysia mahupun di luar negara. Diingatkan kembali, Kareena Kapoor dan Hritik Roshan pernah bikin filem hindustan kat pulau ni. Tapi gua dah tak ingat la tahun berapa.





~ Pulau Redang ~

Pulau Redang merupakan antara pulau tercantik dan terbesar di pantai timur. Pulau yang terletak di negeri Terengganu mempunyai sejarah tersendiri semasa Perang Dunia Kedua. Kalau korang nak tahu sejarahnya search jer kat google, gua malas la nak cerita panjang hihihi





~ Pulau Perhentian ~

Pulau Perhentian juga terletak di Terengganu antara pulau yang popular di kalangan pelancong luar dan dalam negeri. Pulau ini sering dijadikan tumpuan penyu hijau dan hawksbill untuk bertelur.

Lima pulau ini memang menarik dan semestinya dijadikan sebagai satu destinasi percutian bersama keluarga. Yang menakutkan bila aksi-aksi berpelukan, berpegangan tangan serta aksi sumbang yang lain adalah dikira perkara biasa tambahan pulak berada kat pulau-pulau seperti ni. Langsung tak takut dengan 'Sang Pencipta'. Itu yang menakutkan gua sebenarnya, korang pulak macam mana? Tepuk dada, tanya diri

Sorry jika entri merapu, sekadar menulis



Khamis, 17 Mei 2012

Part 1: Buat Blog SIMPLE, MUDAH & MENARIK

Assalamualaikum 
Salam Sejahtera, Salam 1 Dunia


Kali ni, gue nak share kat korang cara buat blog secara ringkas, mudah dan menarik. Tak perlu fenin-fenin, hantok kepala kat meja..hehehe just ikut jer tutorial ni, menjadi punyalah.

Oh ya sebelum kita teruskan, korang dah ada akaun google belum? so kalau belum korang daftar la dulu ya, di www.gmail.com
Selepas korang dah daftar akaun google, korang masuk ke www.blogger.com


Page 1


Selepas korang masuk ke website blogger, korang click get started


Page 2




1. CREATE A GOOGLE ACCOUNT

Email Adress: 
:: masukkan alamat email anda 
:: alamat email gmail yang telah dibuat

Retype Email Adress:
:: masukkan semula alamat email korang tadi

Enter a Password:
:: isikan kata laluan ikut suka korang, at least mesti 8 huruf/ nombor
:: contoh: 12345678 atau abcdefgh

Retype Password:
:: isikan kata laluan korang sekali lagi

Display name:
:: masukkan nama anda, nama samaran pun boleh

Email Notifications:
:: click kat kotak kecil tu

Birthday:
:: masukkan tarikh lahir korang (mm/dd/yy)

Word Verification:
:: isikan semula huruf yang tertera dalam kolum

Acceptance of Terms:
:: korang baca dulu terma dan syarat, so kalau malas nak baca click je kat box kecil

Lastly korang klik Continue


2. NAME YOUR BLOG


Page 3



Blog Title:
:: masukkan nama blog anda
:: contoh: suka hati hang

Blog Adress URL:
:: masukkan alamat blog korang, ikut kemahuan korang
:: contoh: sukahatihang@blogspot.com

Kemudian klik Continue


3. CHOOSE TEMPLATE/ PILIH TEMPLATE


Page 4


:: pilih salah satu template yang korang suka. Ala, kalau korang tak minat pon klik je mana-mana template dulu. Nanti boleh ubah semula. Lepas tu, korang klik continue


Page 5


Nahh, blog korang dah siap. Mudahkan. Entri yang seterusnya aku akan tunjukkan cara-cara tukarkan template kepada yang lagi menarik. Nantikan entri seterusnya. Selamat mencuba